Friday, 28 May 2021

Peraturan Kecil Tambahan Semasa Tempoh PKP 3.0

 Peraturan-Peraturan kecil tambahan di Pangsapuri Puncak Jati Berdasarkan kepada Pelaksanaan PKP 3.0

Kemasukan pelawat:

1. Kemasukan semua pelawat di Pangsapuri Puncak Jati adalah dilarang sama sekali.

2. Hanya kontraktor-kontraktor perkhidmatan penting seperti perkhidmatan selenggara lif dan perkhidmatan pembersihan akan dibenarkan untuk beroperasi bagi memastikan keadaan pangsapuri Puncak Jati sentiasa berada dalam keadaan yang memuaskan.

3. Perkhidmatan penghantaran barang dan makanan dibenarkan namun makanan dan barangan hanya boleh diletakkan di pintu rumah sahaja.

Penggunaan wading pool dan taman permainan:

1. Penggunaan wading pool sepanjang tempoh PKP ini juga adalah DITUTUP.

2. Sepanjang tempoh PKP 3.0 ini tiada sebarang aktiviti dibenarkan di kawasan wading pool dan juga taman permainan disekeliling kawasan wading pool tersebut.

Penutupan surau Puncak Jati:

1. Sepanjang tempoh PKP 3.0 ini juga surau Puncak Jati akan ditutup sepenuhnya.

2. Sebarang aktiviti di dalam kawasan surau juga adalah DILARANG.

Peringatan:

1.  Warga Puncak Jati adalah diingatkan agar membuat bayaran wang penyelenggaran dan wang penjelas dalam tempoh yang telah ditetapkan bagi memastikan kelancaran perjalanan pengurusan Pangsapuri Puncak Jati.

2.   Sebarang tunggakan bayaran wang penyelenggaraan dan wang penjelas yang telah melebihi selama 3 bulan akan mengakitbatkan kad akses kemasukan ke kawasan Pangsapuri Puncak Jati akan disekat.

Aduan:

1. Jika penduduk menjumpai/melihat sebarang salah laku pengawal keselamatan semasa meraka menjalankan tugas, mohon untuk dipanjangkan aduan tersebut kepada wakil JMB (Boleh gunakan juga "google form" sebelum ini: https://forms.gle/iKGqJHwwPZZ3Kmz69) untuk wakil JMB terus ajukan kepada wakil syarikat security

2. Sebarang aduan berkaitan keselamatan, kebersihan, kerosakan harta bersama dan lain-lain aduan mengenai Puncak Jati boleh diadukan kepada ahli-ahli JMB (Boleh gunakan juga "google form" sebelum ini: https://forms.gle/iKGqJHwwPZZ3Kmz69 )

PANGGILAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PANGSAPURI PUNCAK JATI TAHUN 2021

  Assalammualaikum dan Salam Sejahtera Ybhg Datuk / Datin / Tuan / Puan, PER: PANGGILAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PANGSAPURI PUNCAK JATI T...