Monday, 4 October 2021

Kemaskini borang kebenaran kerja-kerja pengubahsuaian unit, borang pindah masuk/keluar & borang permohonan penggantian kad akses

 Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Berikut adalah kemaskini terkini borang-borang berkaitan:

  1. Borang kebenaran kerja-kerja penggubahsuaian unit Puncak Jati:
          Untuk makluman, sebarang kerja-kerja pengubahsuaian didalam unit Puncak Jati perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak pengurusan bagi memastikan kontraktor yang masuk dapat didaftarkan dan dipantau dengan lebih teratur. Oleh yang demikian, kebenaran bagi menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian unit perlu diperoleh sebelum tarikh permulaan kerja pengubahsuaian dijalankan. Borang kebenaran penggubahsuaian boleh dimuat turun melalui link berikut:

Borang kerja-kerja pengubahsuaian unit

    2.    Borang pindah masuk / keluar:

            Sebarang aktiviti pindah masuk / keluar perlu dimaklumkan kepada pihak pengurusan bagi tujuan pemantauan kerja-kerja pindah masuk / keluar. Borang pindah masuk / keluar boleh di muat turun melalui link berikut:

    3.    Borang permohonan penggantian kad akses:

            Sebarang permohonan bagi penggantian kad akses yang rosak atau hilang boleh dibuat dengan menggunakan borang seperti dibawah. Untuk makluman, penggantian kad yang rosak bagi kali pertama tidak akan dikenakan bayaran manakala penggantian seterusnya akan dikenakan bayaran sebanyak RM 50/kad , kad yang rosak perlu dipulangkn semula kepada pengurusan. Manakala bagi kad yang hilang akan dikenakan bayaran sebanyak RM 50/kad. Proses penggantian dan pengaktifan kad akan dibuat dalam tempoh 2 hari bekerja dari tarikh penerimaan borang dan bayaran lengkap.

Borang penggantian kad akses

PANGGILAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PANGSAPURI PUNCAK JATI TAHUN 2021

  Assalammualaikum dan Salam Sejahtera Ybhg Datuk / Datin / Tuan / Puan, PER: PANGGILAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PANGSAPURI PUNCAK JATI T...