Thursday, 2 December 2021

PANGGILAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PANGSAPURI PUNCAK JATI TAHUN 2021

 

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera Ybhg Datuk / Datin / Tuan / Puan,


PER: PANGGILAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PANGSAPURI PUNCAK JATI TAHUN 2021


1.                   Merujuk kepada perkara diatas, untuk makluman Ybhg Datuk / Datin / Tuan / Puan, seperti mana yang telah ditetapkan dibawah Akta Pengurusan Strata (Akta 757), satu mesyuarat agung tahun (Annual General Meeting – AGM) akan diadakan seperti ketetapan di bawah:

 

              Tarikh mesyuarat:           18 Disember 2021

              Masa mesyuarat:

                                                      Pendaftaran: 9.00 Pagi

                                                      Mesyuarat: 10.00 Pagi – 1.00 Tengah hari

   Tempat:              Dewan Serbaguna Pangsapuri Puncak Jati & 

       Secara atas talian – Google Meet                            

2.                   Memandangkan negara masih dalam fasa endemic COVID-19, Mesyuarat Agung Tahunan Pangsapuri Puncak Jati akan diadakan secara “hybrid” iaitu bersemuka dan juga secara atas talian. Walaubagaimanapun, mesyuarat secara bersemuka adalah dihadkan kehadiran seramai 80 orang sahaja.

 

3.                   Bagi memastikan perjalanan mesyuarat dapat dijalankan dengan secara teratur, Ybhg Datuk / Datin / Tuan / Puan adalah diminta untuk membuat pengesahan kehadiran ke mesyuarat tersebut melalui pautan borang pengesahan secara atas talian seperti dibawah selewat-lewatnya pada atau sebelum 13 Disember 2021:

Pengesahan kehadiran secara fizikal: http://rsvpagm.pjppam.cloudns.asia

Pengesahan kehadiran secara atas talian: http://rsvponline.pjppam.cloudns.asia

 4.                   Segala Kerjasama Ybhg Datuk / Datin / Tuan / Puan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

 Sekian. 

Badan Pengurusan Bersama Puncak Jati                                                    

PANGGILAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PANGSAPURI PUNCAK JATI TAHUN 2021

  Assalammualaikum dan Salam Sejahtera Ybhg Datuk / Datin / Tuan / Puan, PER: PANGGILAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PANGSAPURI PUNCAK JATI T...