Tuesday, 3 August 2021

NOTIS PEMBERITAHUAN PENUKARAN NO AKAUN PEMBAYARAN WANG PENYELENGGARAAN (MAINTENANCE FEE) & WANG PENJELAS (SINKING FUND)

 

NOTIS PEMBERITAHUAN

 

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Untuk makluman warga Pangsapuri Puncak Jati, pada hari ini 3 Ogos 2021, pihak Badan Pengurusan Bersama Puncak Jati (“JMB Puncak Jati”) telah menyelesaikan urusan pembukaan akaun bank bagi pembayaran wang penyelenggaraan (“Maintenance fee”) dan wang penjelas (“Sinking Fund”) di bawah nama Badan Pengurusan Bersama Puncak Jati. Oleh yang demikian segala pembayaran Wang Penyelenggaraan dan Wang Penjelas hendaklah dibuat kepada akaun tersebut dan tarikh kuatkuasa pertukaran akaun pembayaran adalah seperti berikut:

 

  •        Tarikh mula kuatkuasa: 4 Ogos 2021
  •        Bank: Maybank Islamic Berhad
  •        Nama akaun: Badan Pengurusan Bersama Puncak Jati
  •        No akaun Wang Penyelenggaraan (Maintenance Fee): 555108337234
  •        No akaun Wang Penjelas (Sinking Fund): 555108337227

 

          Pembayaran bagi Wang Penyelenggaraan dan Wang Penjelas hanya boleh dibuat melalui mod pembayaran seperti berikut:

                   i.        Secarai atas talian “Online Transfer”

                  ii.        Cash Deposit Machine “CDM”

Pembayaran secara tunai tidak lagi diterima bagi mengelakkan masalah ketirisan transaksi pembayaran.

          Tuan/Puan turut diingatkan untuk mengisi borang makluman pembayaran Wang Penyelenggaraan dan Wang Penjelas secara atas talian melalui link berikut: https://payment.pjppam.cloudns.asia . Tujuan makluman pembayaran ini adalah bagi memudahkan proses mengenalpasti transaksi dan juga pengeluaran resit pembayaran.

No comments:

Post a Comment

PANGGILAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PANGSAPURI PUNCAK JATI TAHUN 2021

  Assalammualaikum dan Salam Sejahtera Ybhg Datuk / Datin / Tuan / Puan, PER: PANGGILAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PANGSAPURI PUNCAK JATI T...